Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sultan dan MB bersama 5,000 rakyat solat sunat Aidilfitri

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 6 JUL: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat hadir ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini untuk mengerjakan solat sunat Aidilfitri.

Kehadiran baginda disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Exco Hal Ehwal Agama Islam, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan barisan exco Kerajaan Negeri; Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim serta kenamaan lain.

CP2A0063-800x533Kemeriahan sambutan Aidilfitri dirasai dengan lebih 5,000 hadirin menyertai Tuanku Sultan bagi menyempurnakan solat sunat berkenaan.

Baginda turut mengambil kesempatan beramah mesra dengan rakyat sebelum dan selepas selesai mengerjakan ibadah itu.

Solat sunat Aidilfitri di Selangor diimamkan Mohd Tamyes bermula jam 8.30 pagi namun perkarangan Masjid Negeri dipenuhi orang ramai sejak awal pagi bagi menunaikan tanggungjawab berkenaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.