Categories
SELANGOR

Sultan Selangor cemar duli, solat Jumaat Masjid TUDM Subang

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 1 JUL : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menunaikan Solat Jumaat di Masjid Pangkalan Udara TUDM, Subang.

Baginda Sultan lengkap berbaju Melayu berwarna biru tiba di perkarangan masjid jam 1 tengah hari tadi diiringi Raja Muda, Tengku Amir Shah.

SULTANKira-kira 2,000 jemaah hadir bersama-sama menunaikan solat jumaat yang diketuai Imam Masjid, Mejar Razailan Rhani.

Selesai menunaikan solat, baginda sempat meluangkan masa kita-kira 15 minit bersalaman dengan para jemaah.

Kesempatan itu digunakan sebaiknya para jemaah untuk merakamkan video dan gambar kenangan bersama.

Sebelum ini baginda Sultan bertitah, agar rakyat menunaikan kewajipan zakat kepada amil bertauliah yang diiktiraf Lembaga Zakat Selangor.

SULTAN MASJIDSusulan perkembangan itu, khutbah Jumaat disampaikan Imam Masjid memberi penekanan berhubung isu pembayaran zakat selaras titah Baginda.

Dalam perkembangan sama, pengurusan dan nazir masjid mengedarkan bubur lambuk kepada jemaah yang hadir.

Inisiatif tersebut dizahirkan bagi mendapatkan keberkatan Ramadan, sebagai bulan paling kemuliaan.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.