Categories
SELANGOR

Trafik pada raya ketiga masih lancar

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 JULAI: Keadaan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari selatan ke Kuala Lumpur, hari ini dilaporkan berjalan lancar.

Imej yang dirakamkan pada kamera litar tertutup pada jam 9.40 pagi di laman sesawang PLUS itu turut menunjukkan keadaan trafik normal di lebuh raya sama menghubungkan Kuala Lumpur ke Utara.

PLUS 2Sementara itu, menurut akaun Twitter rasmi milik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), @LLMinfotrafik pada jam 9.11 pagi tadi turut menyatakan trafik di Plaza Tol Sungai Besi masih berjalan lancar pagi ini.

“Trafik keseluruhannya lancar dan terkawal di sekitar Plaza Tol Sungai Besi, Seremban, Pedas Linggi, Sedenak dan terus ke Johor Bahru,” lapornya di laman mikro itu.

Manakala bagi perjalanan di kedua hala pula akaun Twitter sama memaklumkan trafik keseluruhannya lancar dan terkawal di sekitar Slim River, Menora, Sungai Petani dan terus ke Plaza Tol Jitra.

Di Kilometer 45.5, Lebuhraya Elite yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pula terdapat satu kemalangan pada jam 10.05 pagi menyebabkan trafik perlahan ekoran lorong kanan terhalang.

PLUSBagaimanapun, lorong kanan itu sudah kembali dibuka pada jam 10.22 pagi dan keadaan trafik kembali terkawal.

Bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, (Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) dan LPT 2 turut dilaporkan lancar di kedua-dua arah.

Kadaan trafik di semua lebuh raya terutama menghala ke Kuala Lumpur dijangka meningkat menjelang esok dan Ahad nanti apabila kebanyakan yang pulang beraya di kampung halaman akan kembali ke ibu kota.

Pengguna juga dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memandu di sepanjang musim perayaan ini dan sentiasa mematuhi arahan di papan tanda disediakan.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.