Categories
NASIONAL

Wan Azizah: Agenda Reformasi diteruskan, fokus selamatkan Malaysia

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUBANG JAYA, 30 JULAI :KEADILAN konsisten memastikan agenda Reformasi diteruskan demi kestabilan dan pentadbiran negara lebih bersih dan telus, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata negara kita perlu diselamatkan dan ditadbir kerajaan telus tanpa wujudnya amalan korupsi dan budaya rasuah.

“KEADILAN sudah mendepani kemelut salahguna kuasa yang membelenggu negara dari dahulu lagi.

“Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayar dengan kebebasan beliau akibat kelantangan bersuara terhadap salahguna kuasa, penyelewengan rasuah, skandal 1MDB. Jelaslah, negara kita perlu diselamatkan.

“Bagi KEADILAN, selagi agenda reformasi termasuk reformasi parlimen, reformasi kehakiman, reformasi sistem pilihan raya malah juga dasar pemisahan kuasa belum tercapai, selagi itulah kami akan bangkit dan lawan kezaliman yang menghalang kemajuan rakyat,” katanya.

IMG_7336Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Muhyiddin Yassin menganggap kerjasama tersebut diadakan demi kepentingan rakyat.

Hadir sama beberapa pimpinan tertinggi KEADILAN, termasuklah Naib Presidennya, Tian Chua, Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md Akin.

Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang berkata, pentadbiran kuku besi regim Umno Barisan Nasional kini semakin terdesak apabila terus memberi tekanan kepada individu yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

Beliau merujuk beberapa kes termasuklah penyingkiran pegawai tertinggi kerajaan termasuklah pemecatan bekas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“KEADILAN merasai keperitan dan kekeliruan semua lapisan masyarakat apabila pegawai kerajaan yang lantang serta profesional dan berkecuali dimangsakan secara sistematik.

“Justeru kami mengajak rakyat untuk bersama, menyebar maklumat dan menyertai satu gerakan massa demi masa depan negara lebih baik,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.