Categories
SELANGOR

32 pasukan sertai Kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari

SHAH ALAM, 27 OGOS: Hasrat DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk melihat usaha mencari pemain pelapis bola sepak kini direalisasikan menerusi penganjuran Kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari.

Menurut pengerusi kejohanan, Datuk Emran Kadir, pihaknya sedaya upaya melaksanakan titah baginda dengan mengumpul pasukan terbaik di seluruh Selangor untuk bersama-sama mengikuti kejohanan tersebut.

“Kejohanan ini menghimpunkan 32 pasukan terbaik sekolah menengah seluruh Selangor ternyata mampu melahirkan bintang-bintang bola sepak masa hadapan.

“Johan tahun lalu, SMK Tinggi Kajang telah menjadi Naib johan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM),” katanya.

Dalam pada itu, Emran turut menyeru ibu bapa dan orang ramai untuk memberikan sokongan sepanjang kejohanan tersebut yang berlangsung selama sebulan.

“Sepak mula dijadualkan berlangsung 27 Ogos di Stadium Mini Kementerian Pendidikan di SMK USJ 23, Subang Jaya,” katanya dipetik SINAR HARIAN.

Dalam pada itu, perlawanan pembukaan kejohanan tersebut bakal menemukan pasukan dari SMK Tinggi Kahang dan SMK La Salle untuk merebut Piala Sumbangsih.

EZY