Categories
NASIONAL SUKANKINI

ARRC: Zaqhwan terpantas di Sentul, catat rekod baharu litar

SENTUL, INDONESIA 6 OGOS: Md Zaqhwan Zaidi menyekat dominasi pelumba Indonesia apabila muncul pelumba terpantas kategori SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Sentul, Indonesia, semalam.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda itu melakukan catatan terpantas 1’29.936s yang juga merupakan rekod baharu litar mengatasi catatan 1’29.984s milik Md Zamri Baba pada minit akhir sesi latihan bebas kedua sekaligus mengatasi catatan empat pelumba tuan rumah yang mendominasi kelompok depan di sepanjang sesi latihan hari pertama.

“Saya terpaksa berhempas pulas untuk mendapatkan masa terbaik dan mengatasi catatan pelumba tuan rumah yang mempunyai banyak kelebihan di litar ini. Dengan permukaan litar yang sangat mencabar, mereka mempunyai banyak kelebihan kerana kerap kali beraksi di sini.

“Dengan empat pelumba Indonesia berada di kelompok hadapan, situasi seperti ini pasti menjadikan perlumbaan akhir nanti lebih sukar,” jelas Zaqhwan.

Pelumba Rookie Astra Honda Racing, Gerry Salim muncul pelumba kedua terpantas dengan masa 1’29.955s diikuti rakan sepasukan, Dimas Ekky Pratama dengan masa 1’30.244s.

Duo Manual Tech KYT Kawasaki Racing, Andy Muhammad Fadly dan Ahmad Yudhistira masing-masing mencatat masa terbaik 1’30.278s dan 1’30.348s.

Sementara itu, dalam saingan Asia Production 250cc, pelumba tuan rumah, Galang Hendra Pratama (Yamaha Racing Indonesia) muncul pelumba terpantas buat kali pertama musim ini dengan catatan masa terbaik 1’44.229s.

Sementara itu dua pencabar utama kejuaraan, Takehiro Yamamoto (Trickstar Racing) dan 1’44.822s Apiwat Wongthananon (Yamaha Thailand Racing Team) kekal memberikan cabaran setelah masing-masing mencatat masa kedua dan ketiga terpantas dengan masa 1’44.822s dan 1’45.204s.

AFS46 - UB130 Fazli
UB130 Fazli

Saingan Underbone 130cc, dua pelumba negara, Md Amirul Ariff Musa dan Ahmad Fazli Sham bakal memulakan perlumbaan dari barisan hadapan setelah mencatat masa kedua dan ketiga terpantas pada sesi superpole.

Md Amirul (T Pro Yuzy Honda NTS With Wow) bermula di petak kedua dengan masa terbaik 1’55.985s diikuti Ahmad Fazli (UMA Racing Yamaha Maju Motor) ketiga, 1’56.135s.

Pelumba Indonesia, Wahyu Aji Trilaksana (TPK48 BKMS Indonesia) bakal bermula dari petak pertama dengan catatan masa terpantas 1’55.802s.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.