Categories
NASIONAL

Bara Reformasi bakar semangat Anwar bela nasib rakyat

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUNGAI BULOH, 11 OGOS: Pemenjaraan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mematahkan semangat juangnya membela nasib rakyat yang ditindas rejim Umno Barisan Nasional.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, berkata rakyat perlu mengambil pendirian terbuka menyahut pengorbanan dilakukan Anwar untuk memastikan negara ditadbir kerajaan telus.

“Anwar pesan pada saya, jangan putus asa dan terus beristiqamah kerana hanya mereka yang tidak kuat nilai keimanannya akan berputus asa. Atas sebab itulah, saya terus berdiri dengan semangat yang penuh membara untuk terus bangkit walaupun hakikatnya di dalam saya menangis.

dsai 2“Masyarakat melihat saya senyum, namun tangisan di sebalik senyuman ini tiada siapa yang tahu melainkan Allah SWT,” katanya sebak.

Beliau bercakap pada Program Sambutan Hari Ulangtahun ke-69 bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di perkarangan pintu masuk Penjara Sungai Buloh, malam tadi.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh atas pendakwaan kes Fitnah II terhadap bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Tanpa kesahihan dan kenyataan meragukan sepanjang proses perbicaraan oleh Peguam Umno, Anwar kini dikurung di sebalik tirai besi bertujuan membunuh karier politiknya.

Bagaimanapun, Wan Azizah berkata, Anwar tetap optimis untuk tidak berundur dengan tekad menumbangkan musuh politiknya demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Katanya, ia termasuk keprihatinan Anwar membabitkan isu dan skandal kewangan syarikat milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu 1Malaysia Development Berhad, 1MDB.

“Jadi sebagai rakyat Malaysia, kita tolak sentimen perbezaan kaum dan agama untuk bersatu juga bersungguh demi Malaysia yang lebih baik,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.