Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Laungan Reformasi gamatkan Sungai Buloh

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUNGAI BULOH, 11 OGOS: Bukan seperti kelazimannya apabila laungan reformasi kembali bergema sebagai sokongan solidariti rakyat kepada kezaliman dilakukan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sempena hari kelahirannya yang ke-69.

Laungan keramat itu menjadi bukti bahawa rakyat memerlukan perubahan maksima menuntut pejuang itu dibebaskan daripada jurang jeriji besi.

Begitulah situasi dapat digambarkan dengan penyertaan masyarakat daripada seluruh negara yang turun meraikan sambutan ulang tahun Anwar di hadapan Penjara Sungai Buloh, malam tadi.

dsai 5Walaupun mendapat amaran awal daripada pihak berkuasa untuk tidak melakukan sebarang provokasi di hadapan pintu penjara, namun jelas sekali keadaan cukup terkawal sepanjang program berlangsung.

Ia bukan sekadar program biasa apabila hadirin dipertontonkan dengan paparan video dan gambar kekejaman yang berlaku terhadap Anwar dan keluarganya, pada 1998.

Malah, sesi deklamasi puisi turut disampaikan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said mengenang perjuangan bekas Ketua Pembangkang itu.

Tidak cukup dengan itu, slot nyanyian oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu, Lee Chean Chung dan ceramah daripada pimpinan tertinggi Pakatan.

dsai 3Kemuncak program, sesi potongan kek oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan keluarga sebagai simbolik sambutan ulang tahun Anwar.

Lebih manis, Wan Azizah turut menerima kaligrafi daripada penyokong Anwar sebagai solidariti dan penghargaan kepada perjuangan bekas pemimpin tertinggi negara itu.

Pada masa sama, antara pimpinan tertinggi yang hadir termasuk Exco Selangor iaitu Dr Daroyah Alwi, Elizabeth Wong dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pemimpin Veteran DAP, Lim Kit Siang; wakil PAS Datuk Mahfuz Omar dan Ahli AMANAH, Hanipa Maidin turut hadir memberikan sokongan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.