Categories
NASIONAL

Cub Prix: Kasma didenda RM2,000 angkara halang lawan

OLEH HAFIZAN TAIB

KEMAMAN, 22 OGOS: Kasma Daniel Kasmayudin didenda RM2,000 atas kesalahan ‘unsporting behaviour’ walaupun bergelar juara ketika perlumbaan akhir pada pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malayasia Petronas, di sini, pada 20 Ogos lalu.

Pelumba Petronas Yamaha Maju Motor itu mencetus kontroversi dalam usahanya memburu gelaran juara keseluruhan CP130, menerima tekanan daripada Ahmad Afif Amran ketika perlumbaan dan dilihat seringkali menghalang laluan pencabarnya dengan sengaja.

Tindakan pelumba berusia 16 tahun itu dilihat ‘steward’ perlumbaan sebagai melanggar peraturan dan tidak mempunyai semangat kesukanan.

WIRA- dari kiri, Shafiq, Helmi dan QhuwarismiAmaran terakhir juga diberikan kepadanya dan jika kesalahan sama berulang pada perlumbaan selepas ini, hukuman ditolak mata perlumbaan akan dikenakan.

Kasma menerima hukuman secara terbuka sambil menjelaskan beliau agak panik apabila alat penukar gearnya mengalami kerosakan ketika perlumbaan.

“Saya menghadapi tekanan kerana Afif rapat di belakang dan sedar bila-bila masa sahaja boleh memotong.

“Sebab itu, saya cuba menghalangnya daripada memintas untuk mempertahankan kedudukan,” katanya.

Bagi Afif pula, beliau tidak menghiraukan tindakan pencabarnya dan hanya memberi sepenuh tumpuan untuk memenangi perlumbaan dengan adil.

“Saya kira Kasma mengalami masalah kerana dia seringkali melihat ke belakang untuk mengetahui di mana kedudukan saya.

“Saya tidak sedar tindakannya itu satu kesalahan dan tidak terfikir untuk membalas kerana mahu menang dengan beraksi sebaik mungkin serta bersemangat kesukanan,” kata pelumba Petronas Yamaha-CKJ itu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.