Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MBSA terima tajaan RM90,000, tingkat aktiviti pembangunan sukan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 22 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima tajaan RM90,000 bagi tujuan pembangunan sukan di sekitar perbandarannya.

Tajaan tersebut diterima menerusi Mizuno Malaysia kepada MBSA untuk peningkatan program di bawah Klinik Pembangunan Sukan MBSA.

“MBSA akan menerima tajaan RM90,000 untuk meningkatkan lagi aktiviti pembangunan sukan di kawasan Shah Alam.

14102225_1262651187080622_2996866680392790027_n“Tajaan berupa peralatan sukan seperti baju dan bola ini akan digunakan peserta di bawah Klinik Pembangunan Sukan MBSA iaitu bola sepak, bola tampar, futsal, taekwando dan ragbi,” kata MBSA dalam kenyataan di Facebook.

Klinik Pembangunan Sukan itu diadakan setiap hujung minggu dan mensasarkan remaja berumur 12 hingga 18 tahun di bawah kawasan pentadbiran MBSA.

Terdahulu, Timbalan Datuk Banfar MBSA, Shukti Mohamad Hamin menyempurnakan masjlis perasmian Klinik Pembangunan Sukan MBSA bersama Mizuno Malaysia di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, pada 21 Ogos lalu.

Hadir sama, Pengurus Pemasaran Mizuno Singapore, Gabriel Lee, ahli majlis dan pengarah jabatan MBSA.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.