Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Ekonomi Selangor kukuh walaupun pasaran domestik suram

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 15 OGOS: Senario ekonomi domestik dan pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berkenaan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mempengaruhi perkembangan ekonomi negeri.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata keyakinan pelabur luar terhadap hubungan dagang di Selangor tidak terkesan ekoran ketelusan urus tadbir pentadbiran negeri.

“Keyakinan pelabur asing kepada ekonomi negeri dibuktikan dalam Laporan MIDA 2015 berkenaan kejayaan ekonomi Selangor.

“Kita berjaya mencatatkan kedudukan kedua dalam pelaburan sektor perkhidmatan dengan nilai pelaburan RM2.36 bilion juga tempat ketiga dalam pelaburan sektor pembuatan dengan pelaburan RM7.96 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pembukaan Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2017 di Shah Alam Convention Centre, pagi ini.

IMG_20160815_092410-1280x1022Pada sesi perbincangan itu, Mohamed Azmin berkata, Belanjawan 2017 memfokuskan usaha untuk terus menerapkan gagasan Smart Selangor sebagai hala tuju utama perkembangan ekonomi negeri.

Tumpuan itu turut mefokuskan tuntutan rakyat mendapatkan perkhidmatan lebih cekap dan efisien demi kemakmuran ekonomi negeri.

“Falsafah pembangunan Kerajaan Negeri untuk mengangkat mutu kehidupan masyarakat desa pada tahap yang setara dengan kehidupan moden.

“Namun, kita tetap mengekalkan watak dan jati diri kedesaan bermasyarakat, bergotong-royong, bekerjasama, harmoni dan lestari dengan kehijauan alam semulajadi,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.