Categories
SELANGOR

Kelulusan SMUE adil, tolak dakwaan berat sebelah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 2 OGOS : Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim menolak dakwaan wujudnya amalan ‘double standart’ berhubung proses kelulusan penerima program SMUE dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, pemohon dinilai mengikut kesamarataan tanpa mengambil kira faktor sokongan terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri atau sebaliknya.

“Soal ada pemohon yang tidak dapat (atas faktor sokongan) itu boleh maklumkan saja kepada pihak Exco Negeri atau maklumkan terus kepada Menteri Besar.

“Apa yang penting, Kerajaan Negeri terus meningkatkan kecekapan program kebajikan dan tidak wujudnya masalah seperti itu,” katanya.

CP2A9337-800x533Beliau menyelar kenyataan Ahli Dewan Negeri (ADN), Halimaton Saadiah (BN) yang mendakwa kononnya penyokong Umno tidak menerima skim bantuan SMUE di peringkat DUN.

“Saya mempunyai bukti bahawa ada diantara insentif tidak diberi hanya kerana pemohon itu adalah pengundi Umno.

“Saya boleh beri bukti tetapi Sekinchan jangan cakap sebarang cakap,” katanya ketika mencelah usul No 10 di bawah Peraturan Tetap yang dibangkitkan ADN Sekinchan di Sidang Dewan Negeri, pagi ini.

Bagaimanapun Halimaton tidak memberi kenyataan lanjut atau memberikan bukti berhubung dakwaan tersebut.

Dalam perkembangan berasingan, Suee Lim mencadangkan supaya satu jawatankuasa khas penambahbaikan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) diwujudkan.

Usaha tersebut katanya dilaksanakan untuk menambah kecekapan proses pengagihan bantuan kepada golongan sasar memerlukan.

Usul tersebut turut disokong, Ahli Dewan Negeri Taman Medan, Haniza Talha dan Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Yaakob Sapari.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.