Categories
SELANGOR

Masjid Negeri Shah Alam hampir ‘hilang’ daripada pandangan

SHAH ALAM 29 OGOS: Jarak penglihatan di sekitar lembah klang dan Shah Alam kelihatan kabur dan berasap.

Tinjauan di sekitar Shah Alam mendapati pemandangan Masjid Negeri Shah Alam hampir ‘hilang’ daripada pandangan.

Laman web Jabatan Alam Sekitar menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara pada jam 5 petang menunjukkan beberapa kawasan di lembah klang menghampiri indeks tidak sihat mencecah IPU 100.

Shah Alam jerebu1Sementara kawasan Tanjung Malim mencatatkan IPU tidak sihat pada paras IPU 119.

Kawasan Banting mencatatkan IPU (81), Kuala Selangor (34), Pelabuhan Kelang (71), Petaling Jaya (91), Shah Alam (93).

Manakala Putrajaya mencatatkan IPU 93, Cheras (97), Batu Muda (96).

Bacaan IPU antara 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat); 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301-400 sebagai berbahaya.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tiada sebarang kenyataan dikeluarkan kementerian tersebut berhubung penutupan sekolah esok akibat jerebu.
Penafian itu dibuat menerusi laman Twitter dan Facebook peribadi beliau hari ini.

“Saya menafikan yang KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) ada mengeluarkan kenyataan media ini,” katanya beserta lampiran kenyataan palsu itu.

EZY