Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MoU UNISEL-ULK manfaat jangka panjang serantau

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PEKANBARU, 20 OGOS: Pemeteraian Memorandum Pendidikan antara Universiti Selangor (Unisel) dan Universitas Lancang Kuning (ULK) mampu memberi manfaat jangka panjang kepada kedua institusi pengajian tinggi itu.

Timbalan Naib Canselor Pentadbir, Perancangan dan Jaringan Global Unisel, Profesor Dr Mohd Nor Nawawi, berkata keperluan berkenaannya seiring hasrat menjadikan Unisel sebagai institusi terkemuka serantau.

“Ini adalah antara beberapa pemeteraian pendidikan antarabangsa antara Unisel dan universiti di Indonesia, khususnya di Riau yang tertumpu kepada ULK.

“Menariknya, kerjasama ini berkait keakraban kita dan MOU ini diperbaharui dan menjadi tekad dalam bidang penyelidikan, pembelajaran, pertukaran pelajar dan seminar pendidikan,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Memorandum dan penganjuran Seminar Malay Archipelago di Universiti Lancang Kuning, Riau Indonesia di sini, hari ini.

MOU 2Ini adalah pemeteraian kali kedua diadakan antara Unisel dan ULK selepas kali pertama diadakan pada 2010.

Mohd Nor Nawawi berkata, pemeteraian itu dilanjutkan untuk tempoh 2016 sehingga 2019.

Antara pendekatan persefaham pendidikan itu termasuk mengadakan program kerjasama serantau memfokuskan usaha pendidikan serantau dan ilmiah Malaysia dan Indonesia.

Terdahulu, Mohd Nor Nawawi mewakili Unisel menurunkan tandatangan perjanjian bersama, sementara ULK diwakili Rektornya, Dr Hasnati S.H.M.H.

Pemeteraian turut disaksikan Dekan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Unisel, Profesor Dr Mohd Zaidi Mohd Hajazi.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.