Categories
SELANGOR

Program STEM Kickstart dapat sambutan menggalakkan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 29 OGOS: Kerajaan Selangor menerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi berjaya menganjurkan Program STEM Kickstart dengan sambutan menggalakkan.

Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata program secara bersiri itu sudah berlangsung semenjak tahun lalu yang disertai pelajar sekolah.

“Mengetengahkan pendedahan kepada ilmu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), program itu diharapkanmenarik minat pelajar kepada ilmu STEM dan membentuk minda inovatif dan kreatif para pelajar.

“Setiap pelajar mendapat kit papan elektronik, dan belajar menggunakan program khas untuk menghidupkan papan kit tersebut. Selain itu, pelajar mempelajari konsep aplikasi sensor penjimatan tenaga eletrik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa program itu pada 23-24 Ogos lalu di Jeram, Kuala Selangor.

Katanya, program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Mahsat Global Resources Sdn Bhd yang membangunkan aplikasi dan sistem serta modul pembelajaran.

Ia juga sudah diadakan di Hulu Selangor termasuk program bersama pensyarah serta pelajar Universiti Selangor (UNISEL) selain mensasarkan pelajar di Gombak untuk penganjuran seterusnya.

EZY