Categories
NASIONAL

RON95, RON97 turun 5 sen tengah malam ini

KUALA LUMPUR 31 OGOS: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 bagi September 2016 turun sebanyak turun 5 sen, berkuat kuasa tengah malam ini.

Harga baharu RON95 ialah RM1.70 seliter dan RON97 pula RM2.05 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Bagi diesel pula kekal pada harga RM1.70 seliter.

Harga diesel naik sebanyak 10 sen seliter pada bulan lepas.