Categories
NASIONAL

Wacana Kenegaraan IDE kupas konflik pembinaan bangsa

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 5 OGOS: Institut Darul Ehsan (IDE) menganjurkan wacana kenegaraan mengupas konflik pembinaan bangsa Malaysia yang lebih komprehensif dan harmoni.

Wacana perbincangan disampaikan Pengerusinya, Dato’ Dr Siddiq Fadzil dan moderator, Timbalan Canselor Universiti Selangor, Profesor Dr Shaharuddin Badaruddin.

Diadakan di Dewan Gemilang, Hotel Carlton, di sini, wacana itu menghimpunkan penggiat ilmu, pelajar, dan aktivis daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) bertujuan mendapatkan fahaman menyeluruh berkenaan prospek pembinaan bangsa.

Ia disertai lebih 250 hadirin termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Juzi.

Perbincangan wacana itu menjurus kepada topik keberkesanan dan inisiatif yang perlu dimainkan semua pihak ke arah mendukung sebuah negara bangsa.

DSC_6720 KecilPada masa sama, tumpuan perbincangan turut menjurus kepada persoalan budaya dan latar belakang masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Malah, konteks perbincangan turut menyentuh agenda pembinaan bangsa yang perlu menjadi tonggak peneraju pentadbiran negara kini.

Ini adalah inisitif berterusan IDE memainkan peranan memberi hebahan ilmiah kepada orang awam dalam usaha menerapkan kesedaran berkenaan kesederhanaan dan keadilan dalam masyarakat majmuk di seluruh negeri.

Mula beroperasi sejak tahun lalu, organisasi ditubuhkan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali akan terus berperanan memberi kefahaman kepada masyarakat berkenaan isu sosial dan pembangunan bangsa.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.