Categories
SELANGOR

Ahli TAWAS meningkat 241,719 orang

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 5 SEPT: Seramai 241,719 anak kelahiran Selangor berjaya mendaftar sebagai ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), sejak Jun 2008.

Semakan SelangorKini di laman sesawang rasmi TAWAS mendapati 241,477 ahli masih hidup sementara 242 sudah meninggal dunia.

Pendaftaran tertinggi dicatatkan ahli bagi tahun kelahiran 2013 dengan 38,227 lulus.

TAWAS (1)Sementara itu, jumlah pendaftaran terendah dicatatkan ahli bagi tahun kelahiran 2008 iaitu 21,322 sahaja.

Bagi 2016, lebih 11,000 permohonan diterima, namun 9,816 yang lulus, sehingga hari ini.

Dalam perkembangan lain, seramai 106,228 ahli sudah menerima penyata, manakala baki 135,249 belum.

Setiap ahli TAWAS layak menerima RM1,500 apabila mereka mencecah usia 18 tahun.

Bermula Mac 2014, Skim Khairat Kematian TAWAS pula diperkenal iaitu waris bakal menerima RM1,500 sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, orang ramai boleh ke laman sesawang TAWAS di http://www.tawas.org.my.

-NFN-