Categories
NASIONAL

Anwar, Mahathir sifatkan Akta MKN ancam sistem demokrasi

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 SEPT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Akta Majlis Keselamatan Negara (Akta MKN) mengancam sistem demokrasi.

Dalam satu kenyataan bersama, bekas gandingan pemimpin tertinggi negara itu berkata, akta ciptaan Datuk Seri Najib Razak itu membuatkan institusi utama negara dikuasai sepenuhnya oleh Perdana Menteri.

Antaranya, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPRM), Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia (BNM).

whatsapp-image-2016-09-19-at-14-25-00“Akta ini juga menidakkan hak sesiapa yang terbunuh, sama ada pegawai atau orang awam diperiksa (post-mortem) untuk menentukan sebab kematian. Besar kemungkinan terjadi salah laku,” kata mereka dalam kenyataan itu, hari ini.

Pada 5 September lalu, Mahathir hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap permohonan bekas timbalannya itu mencabar Akta MKN.

Mereka berdua dilihat bertegur sapa dan bersalaman buat julung kali sejak Anwar dipecat,pada 1998.

Anwar dan Mahathir berkata, Akta MKN juga jelas mengenepikan kuasa dan peranan Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu dalam isu keselamatan dan kebebasan rakyat.

“Oleh kerana itu, kami bersama rakyat menentang akta ini dan membawa perubahan serta reformasi.

“Ini demi menyelamatkan hak dan kebebasan rakyat dan memajukan semula negara tercinta,” kata mereka.

-NFN-