Categories
SELANGOR

Gangguan air sementara di Sabak Bernam 20 Sept

SHAH ALAM 15 SEPT: Beberapa kawasan di Sabak Bernam bakal mengalami gangguan bekalan air sementara ketika kerja penggantian perkakasan dilaksanakan pada 20 September ini.

Gangguan itu bermula dari jam 9 pagi hingga 7 petang, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor.

Kawasan yang mengalami gangguan bekalan air termasuklah seluruh kawasan Kampung Banting, Tebuk Jawa, Tebuk Mufrad, Parit Baru, Bagan Nakhoda Omar, Teluk Rhu, Sungai Apong, Sungai Tengar, Sungai Air Tawar, Seluruh Kawasan Parit Changkat, Peket 20, Peket 60, Peket 100, Simpang Lima dan Sungai Nibong.

Turut terlibat, Pasir Panjang, Sungai Leman, Seluruh Kawasan Sungai Lang, Parit Baru Baroh, Sungai Tengar Utara, Tebuk Pekan, Tebuk Rukun, Politeknik Sungai Lang, ILDAS, ILJAS, Institut Perakaunan Negara dan Sekolah Integrasi Sungai Lang.

EZY