Categories
EKONOMI

Indeks Harga Pengguna meningkat 1.5% untuk Ogos 2016

SHAH ALAM 21 SEPT: Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 1.5 peratus pada bulan Ogos 2016 berbanding bulan sama tahun lepas.

Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu kenyataan menyatakan antara kumpulan utama mencatatkan peningkatan adalah Minuman Alkohol & Tembakau iaitu sebanyak 19.7 peratus; Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan (+3.6 peratus); Makanan & Minuman Bukan Alkohol (+3.5 peratus);

Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (+2.5 peratus); Kesihatan (+2.2 peratus) dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (+2.1 peratus).

Selain daripada itu, indeks keseluruhan ini juga dipengaruhi oleh penurunan kumpulan Pengangkutan sebanyak 6.7 peratus; Komunikasi (-2.4 peratus) dan Pakaian & Kasut (-0.6 peratus).

Indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol (wajaran: 30.2) meningkat 3.5 peratus pada asas tahun ke tahun bagi Ogos 2016.

ihpKenaikan ini didorong oleh peningkatan yang tinggi dalam indeks empat subkumpulan makanan iaitu Daging (+6.9 peratus), Ikan & Makanan Laut (+5.2 peratus); Buah-buahan (+3.9 peratus) dan Sayur-sayuran (+3.1 peratus).

Manakala, indeks kumpulan Bukan Makanan (wajaran: 69.8) pula mencatatkan kenaikan sebanyak 0.6 peratus.

Perbandingan bulan ke bulan, IHP bagi bulan Ogos 2016 naik 0.4 peratus kepada 115.6 daripada 115.1.

IHP bagi tempoh Januari hingga Ogos 2016 mencatatkan kenaikan sebanyak 2.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas

Perubahan IHP Bulanan

Berbanding dengan bulan sebelumnya, IHP pada Ogos 2016 naik 0.4 peratus kepada 115.6 daripada 115.1. Daripada dua belas kumpulan utama, tujuh merekodkan kenaikan, dua mencatatkan penurunan manakala tiga kumpulan utama kekal tidak berubah.

Antara kumpulan utama yang mencatatkan kenaikan adalah Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan (+2.1 peratus); Pengangkutan (+0.8 peratus);

Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (+0.4 peratus); Kesihatan (+0.3 peratus), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (+0.2 peratus) dan Restoran & Hotel (+0.2 peratus).

Kenaikan sebanyak 0.2 peratus bagi indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol pada Ogos 2016 berbanding dengan bulan sebelumnya adalah disebabkan kenaikan pada indeks Makanan Di Luar Rumah (+0.6 peratus); indeks Kopi, Teh, Koko & Minuman Bukan Alkohol (+0.3 peratus) dan indeks Makanan Di Rumah (+0.1 peratus) (Jadual 2).

Antara indeks barangan makanan mencatatkan kenaikan ketara dalam Ogos 2016 berbanding dengan bulan sebelumnya ialah Tomato (+6.8 peratus); Bayam (+5.2 peratus); Sawi (+4.1 peratus); Tembikai (+3.5 peratus); Telur Ayam (+3.1 peratus); Ikan Kembong (+0.8 peratus) danUdang (+0.6 peratus).

Sementara itu, penurunan dicatatkan dalam indeks bagi beberapa barangan makanan seperti Kubis Bulat (-7.5 peratus); Lobak Merah (-6.8 peratus); Cili Merah (-5.5 peratus); Timun (-4.4 peratus); Kacang Panjang (-2.8 peratus) dan Sotong (-2.4 peratus).

Perubahan IHP Mengikut Negeri

Lima negeri merekodkan kenaikan IHP melebihi paras nasional bagi Ogos 2016 berbanding bulan yang sama tahun 2015.

Kelima-lima negeri tersebut ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (+2.5 peratus); Johor (+1.9 peratus); Pulau Pinang (+1.7 peratus); Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (+1.6 peratus) dan Melaka (+1.6 peratus).

Manakala, negeri-negeri lain telah merekodkan kenaikan pada paras yang setara atau lebih rendah berbanding dengan paras nasional.

Inflasi Teras

Inflasi teras, yang mana tidak termasuk item makanan segar dengan harga paling tidak menentu serta barangan dan perkhidmatan harga dikawal naik 2.2 peratus pada Ogos 2016 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Antara kumpulan utama menyumbang kepada peningkatan kadar inflasi teras adalah kenaikan harga bagi Pengangkutan (+4.7 peratus); Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan (+3.6 peratus); Makanan & Minuman Bukan Alkohol (+2.5 peratus); Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (+2.5 peratus) dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (+2.4 peratus).

EZY