Categories
NASIONAL

Ringgit dibuka lebih rendah 4.0725/0775 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 6 SEPT: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pagi ini menjelang mesyuarat dasar Bank Negara Malaysia (BNM) esok, yang bakal menentukan hala tuju kadar faedah negara.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut pada 4.0725/0775 berbanding dolar AS daripada 4.0670/0710 penutup Isnin, lapor BERNAMA.

BNM dengan tidak dijangka mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada tiga peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari sebelum ini disebabkan potensi risiko Brexit.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding beberapa mata wang utama.

Ringgit menokok berbanding euro kepada 4.5376/5448 daripada 4.5404/5465 Isnin dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.4176/4272 daripada 5.4181/4258.

Ia juga mengukuh berbanding yen kepada 3.9280/9339 daripada 3.9417/9459, tetapi susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9998/3.0039 daripada 2.9959/0009.

EZY