Categories
SELANGOR

Smart State: Pembangunan desa seiring bandar

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SABAK BERNAM, 2 SEPT: Revolusi pembangunan desa dan luar bandar ditingkatkan secara konsisten ke arah pertumbuhan ekonomi mampan dan berdaya saing.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keperluan itu seiring komitmen menjadikan Selangor sebagai negeri berkebajikan dan ‘Smart State’.

“Kerajaan Negeri komited menyuntik dinamisme ekonomi, sosial dan infrastruktur di kawasan luar bandar.

“Fokusnya untuk terus merevolusikan pembangunan desa juga luar bandar dalam mengarusperdanakan agenda pembangunan luar bandar seiring kawasan bandar,” katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Dataran Niaga Bagan Terap juga penyampaian bantuan Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

DSC_1035 kecilUntuk tempoh 2016, peruntukan RM197.4 juta dikeluarkan merangkumi Program Pembangunan Ekonomi Nelayan, Petani dan Penternak, Program Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Ekonomi Tradisi dan Kemudahan Awam serta Naik Taraf Jalan Kampung.

“Daripada jumlah itu, Kerajaan Negeri juga memberikan tumpuan mobiliti penduduk luar bandar menerusi penyediaan Bas Smart Selangor secara percuma.

“Selain itu, perkhidmatan wifi percuma turut disediakan di 132 lokasi di daerah Sabak Bernam,” katanya.

-AA-