Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Sokong aktivis wanita Malaysia sertai ‘Women’s Boat to Gaza’

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 11 SEPT: Seramai 20 aktivis wanita daripada beberapa negara termasuk Malaysia terpilih untuk menyertai misi kemanusiaan, ‘Women’s Boat to Gaza (WBG),’ di bawah inisiatif Freedom Flotilla Coalition (FFC), bulan ini.

Exco Kesihatan,Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, Kerajaan Negeri turut memberi sokongan moral kepada dua wanita yang akan turut serta dalam misi itu.

“Wirawati ini dijadualkan memulakan perjalanan pada 14 September dan berakhir 10 Oktober ini.

14322220_10207252228364373_8405750106278419737_n“Pemergian mereka membawa misi keamanan dan kemanusiaan Asia Tenggara khasnya Malaysia dan Selangor ini sentiasa ditemani dengan doa supaya segala urusan dipermudahkan, sentiasa dalam pelindungan yang Maha Esa dan berjaya mencapai objektif digariskan,” katanya dalam kenyataan.

Turut sama memberi sokongan, isteri Dato’ Menteri Besar, Datin Seri Shamshida Taharin; Timbalan Ketua Wanita Keadilan Pusat, Haniza Talha dan ADN Batu Tiga, Rodziah Ismail dalam sebuah Majlis Sarapan Pagi Bersama Peserta Misi di Danau Golf Club, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dua aktivis Malaysia yang terpilih menyertai misi itu adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Dr Fauziah Hasan dan Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar.

Selain itu, aktivis lain dari luar negera yang turut serta antaranya pengarah dan penulis skrip Amerika Syarikat, Naomi Wallace; atlet dan ahli akademik dari Norway, Gerd Von Der Lippe serta jurulatih dan atlet Turki, Cigdem Topuoglo.

Difahamkan, pemilihan wanita dalam misi itu adalah sebagai tanda solidariti kepada wanita Palestin yang turut berjuang menentang kezaliman Israel.

-NFN-