Categories
NASIONAL

Ubah pengurusan negara lebih bersih & bebas rasuah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SABAK BERNAM, 3 SEPT : Pengurusan negara perlu ditadbir sebuah kerajaan bersih dan bebas rasuah, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Sabak, Sallehen Mukhyi

Beliau berkata, negara kini ditadbir sebuah kerajaan korupsi di bawah regim pentadbiran Umno Barisan Nasional.

Ia susulan skandal dan penyelewengan kewangan negara membabitkan syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kita terus bersama-sama dalam usaha berterusan untuk menukar sistem kita yang rosak supaya tertegak satu keadilan yang benar-benar telus.

“Kita memerlukan sebuah pengurusan negara yang benar-benar menuju keredhaan Allah,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, Dr Shaharuddin Badaruddin, berkata pentadbiran Umno disifatkan terdesak dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat.

“Agak mengejutkan apabila Presiden Umno kini rancak turun ke setiap Mesyuarat Umno Bahagian seluruh negara yang biasanya dipengerusikan Timbalan.

“Tapi bila Timbalannnya sudah dipecat, dia pula turun setiap bahagian untuk apa dengan tujuan apa itu?” sindirnya.

EZY