Categories
SELANGOR

Virus Zika bahaya kepada wanita mengandung

OLEH SYASYA SUFIAN

KLANG, 5 SEP: Wanita mengandung disaran tidak mengunjungi negara yang menjadi penularan virus zika seperti Singapura, Afrika, Amerika dan rantau Pasifik.

WhatsApp Image 2016-09-04 at 9.51.19 AMExco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, dibimbangi virus zika tersebut akan membahayakan janin dan mendatangkan kesan selepas kelahiran bayi.

“Jika seorang wanita mengandung disahkan dijangkiti virus zika, kesannya tinggi terhadap bayi di dalam kandungan untuk berisiko menghidapi ‘microcephaly’.

“Microcephaly iaitu otak kecil yang akan dihadapi bayi selepas kelahiran seperti yang banyak berlaku di Brazil,” katanya selepas menghadiri Program Gotong-Royong K`ebersihan Ad-Hoc, di sini, semalam.

Katanya, orang ramai perlu peka jika terdapat simptom seperti demam, ruam di kulit, sakit sendi dan ‘conjunctivitis’ (mata kemerahan) yang sama seperti denggi untuk segera mendapatkan pemeriksaan lanjut.

“Kita juga mengarahkan pihak brkuasa tempatan (PBT) untuk terus fokus di kawasan hotspot denggi supaya tiada penyebaran virus zika dikesan,” katanya.

-NFN-