Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Warkah Anwar, gamat bumi tiang seri Umno

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PASIR GUDANG, 26 SEPT: Warkah buat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggamatkan kehangatan penganjuran Siri Jelajah Penerangan 1MDB di negeri tiang seri Umno, Johor.

Warkah disampaikan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Juzi itu mengimbau pengorbanan Anwar sejak 1998 untuk terus bangkit menetang kezaliman rejim Umno Barisan Nasional.

Bukan sekadar itu, bait warkah juga turut mengenang keadaan Anwar yang kini meringkuk di penjara atas pertuduhan fitnah zalim terhadap diri pejuang rakyat terbabit.

datuk-idris-jauzi-i“Kami berdoa hendaknya Anwar berada dalam keadaan sihat dengan membayangkan beliau sudah menjamu selera walaupun keadaan penjara tidak sempurna seperti di luar yang pernah kita nikmati bersama.

“Penjara tetap penjara, namun apakah erti pembebasan di luar selama mana, jika rakyat tidak dimerdekakan?” tulis warkah suara akar umbi kepimpinan pembangkang Johor itu.

Kandungannya juga turut menyentuh prinsip kesaksamaan dan keadilan yang perlu diperjuangkan seluruh rakyat demi perubahan Malaysia yang lebih cemerlang.

Pengisiannya juga turut tertumpu kepada nilai keterbukaan dan semangat untuk melakukan reformasi di Johor sebagai sebuah negeri yang pernah dikenali antara kubu terpenting Umno.

“Kami yang hidup terpenjara di luar ini lebih kusut dengan sifat goyah ekoran pemerintah penguasa politik yang dikhianati dan ruang ekonomi mencerut tulang rakyat.

“Kerana itulah perlunya reformasi dengan penggeraknya harus diulangi seperti 1998 lalu,” tulis warkah itu.

UMNOBNSebelum ini, kubu kuat sokongan Umno mengalami perubahan ketara pada Pilihan Raya Umum lalu yang menyaksikan beberapa kerusi Dewan Negeri dan Parlimen negeri itu berjaya dimiliki komponen pembangkang.

Lebih mengejutkan, tembok kekuatan Umno di Batu Pahat berjaya dipecahkan selepas calon BN, Dr Mohd Puad Zarkashi tewas kepada Idris dengan 38,667 undian.

Komponen pembangkang juga menang di Parlimen Kluang, Bakri, Gelang Patah, Kulai dan tewas dengan majoriti tipis di Pasir Gudang dengan majoriti kurang 2000 undi.

Mengulas perkembangan positif itu, Idris optimis kubu kuat Umno di Johor bakal dikuburkan pada pilihan raya akan datang.

“Umno bermula di Batu Pahat dan kita berjaya kalahkan sarang Umno di sana. Saya percaya tidak lama lagi, Umno akan kita talkinkan di Johor dan Putrajaya,” katanya.

-NFN-