Categories
SELANGOR

Bubur Asyura satukan penduduk

OLEH LIZAWATI MADFA

GOMBAK, 24 OKT: Sebanyak 300 mangkuk bubur Asyura pelbagai resepi diedarkan sekitar Gombak pada hujung minggu lalu.

Bertempat di Pusat Rawatan Islam Darussalam Gombak, program dihadiri lebih 50 penduduk dan turut disertai Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan.

Penduduk mula memasak bubur Asyura secara bergotong-royong seawal jam 8 pagi dan siap untuk diedarkan pada jam 5 petang.

Sebanyak empat kawah besar berjaya disediakan iaitu tiga kawah bubur As Syura Kelantan dan sekawah bubur Asyura Kedah.

unnamed“Program ini diadakan secara tahunan bertujuan mengeratkan penduduk sekitar dengan aktiviti gotong royong beramai-ramai.

“Acara ini dapat juga memperlihatkan kepada semua kesungguhan dan kerajinan penduduk setempat dalam menyiapkan bubur Asyura,” katanya.

Program merupakan anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan Perantauan (Perakan) Gombak dan Pusat Rawatan Islam Darussalam.

Hadir sama, Pengerusi Pusat Rawatan Islam Darussalam, Dato’ Ismail Kamus.

-nR-