Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Fokus isu rakyat, tiada lagi sengketa

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PUTRAJAYA, 12 OKT: Tiada lagi sengketa atau dendam tersimpan di sebalik ‘salam damai’ Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Demikian kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung kenyataan Tun Mahathir agar sengketa yang wujud antara dua pemimpin itu tidak berpanjangan.

“Kita tidak lagi menganggap itu sebagai dendam atau perasaan negatif. Perasaan itu hanya akan memakan diri sahaja.

wan-azizah“Kita teruskan hidup dan ambillah pengajarannya daripada apa yang berlaku itu,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui di perkarangan Istana Kehakiman, di sini, hari ini.

Beliau berkata, ahli keluarga lebih mengambil pendirian terbuka tanpa perlu memanjangkan seteru persengketaan antara Tun Mahathir dan Anwar.

Sebelum ini, anak Anwar, Nurul Nuha senada untuk tidak menyimpan sebarang dendam selepas memahami situasi politik semasa susulan pertemuan antara Tun Mahathir dan Anwar sebelum ini.

Tun Mahathir sebelum ini secara terbuka tampil di mahkamah sebagai sokongan terhadap Anwar yang juga bekas Ketua Pembangkang.

Dalam pertemuan itu, Mahathir dan Anwar dilihat berjabat mesra selepas 18 tahun Reformasi 1998 berlaku.

Terdahulu, Anwar dipecat Mahathir daripada kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dipenjarakan, sekali gus mencetuskan gelombang Reformasi 1998.

-NFN-