Categories
SELANGOR

MBPJ perkasa ICT tingkat perkhidmatan kerja

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 1 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mula melaksanakan peralihan kemudahan teknologi pengkomputeran awam bagi mempertingkatkan kecekapan tenaga kerja dan pengoperasiannya.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain berkata, inisiatif itu diwujudkan sebagai sebahagian daripada proses pemerkasaan kapasiti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan sistem penyampaian digital kepada masyarakat.

Katanya, langkah itu turut mencerminkan komitmen MBPJ dalam mengambil pendekatan berdaya maju menawarkan perkhidmatan kos efektif kepada orang ramai menerusi kecanggihan teknologi kini

“Langkah ini dilihat dapat mengatasi pelbagai cabaran ICT bagi membolehkan MBPJ memberi tumpuan kepada peranan utama menyediakan perkhidmatan terbaik kepada orang awam.

“Peralihan ini mendorong keperluan utama MBPJ untuk menggalakan kakitangan menjalankan tugas secara mudah alih menerusi kolaborasi peralatan komunikasi juga perkongsian maklumat dalam masa nyata,” katanya dalam kenyataan.

azizi-mbpjAplikasi itu boleh digunakan menerusi Google Apps for Work dengan peralatan mudah alih Bring Your Own Device (BYOD) atau telefon pintar persendirian tenaga kerja untuk memastikan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat.

Ia juga dijadikan perisian produktiviti berasaskan awam yang membantu warga kerja melaksanakan tugas rasmi walaupun tidak berada di pejabat.

“Teknologi ini akan memberi maklum balas pantas kepada orang ramai dan menjadikan perkhidmatan pihak majlis lebih efisien juga fleksibel,” katanya.

Sejak 2015, penggunaan aplikasi itu terus menjadi model pengkomputeran pilihan untuk aplikasi perusahaan yang semakin meningkat dengan pertumbuhan makisma 100 peratus.

Peningkatan itu diyakini mampu memacu kestabilan kepelbagaian industri ekonomi di Malaysia termasuk dalam bidang swasta, perusahaan kecil dan syarikat korporat.

-AA-