Categories
NASIONAL

Netizen kutuk keganasan kumpulan baju merah

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 9 OKT: Tindakan kumpulan baju merah menyerang peserta konvoi BERSIH5 mendapat kecaman netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial.

Insiden berlaku di Sabak Bernam, dekat sini, semalam, mendapat perhatian ramai dengan kebanyakannya menganggap ia perlakuan luar batasan yang perlukan tindakan segera polis.

Ruangan media sosial Facebook Siakap Keli yang memaparkan perkara itu berjaya menghimpun lebih 1,000 ‘like’ dalam kurang setengah jam dan kebanyakan komen mengutuk kejadian berkenaan.

“Insyallah..mudah-mudahan tertangkap orang yang melakukan ‘flying kick’ tu…Amin,” coret Mohd Amin.

Tidak kurang juga yang mengatakan sepatutnya polis sudah bertindak ke atas pelaku kerana ketika kejadian kelihatan anggota keselamatan itu di lokasi berdasarkan rakaman video dipaparkan.

“Polis yang ada masa perkara tu berlaku kenapa tak tangkap je terus budak lelaki tu? Dalam video tu nampak ada polis masa kejadian. Tak kan dah viral baru nak tangkap,” kata Tengku Rizal.

cuoukonuaaa0hpjManakala yang lain menyatakan kumpulan baju merah itu hanya berani ketika dalam kumpulan ramai dan tidak sebaliknya seperti mana dikata Putra Azha Ad – “Bila ramai dia gengster. Tapi bila sorang dia hemster.. tunggu polis datang jemput kat rumah..”.

Polis juga diminta bertindak dan menjalankan siasatan ke atas pihak didakwa mengetuai kumpulan berkenaan.

“Tangkap ‘mastermind’ si Jamal dulu…bukan macai saja…dia sebenarnya pencetus huru hara…,” luah Zaim Naufal dipercayai merujuk Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos.

Konvoi BERSIH5 dijalankan di beberapa lokasi di negeri tertentu sebelum berlangsung perhimpunan sebenar pada 19 November ini bagi menyatakan bantahan terhadap skandal negara termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

EZY