Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi 4.1460/1510 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 26 OKT: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Pada jam 9.07 pagi, mata wang tempatan itu berada pada paras 4.1460/1510 berbanding dolar AS daripada paras penutup semalam, 4.1550/1600.

Dolar AS menyusut berbanding beberapa mata wang utama lain berikutan keraguan mengenai pakej rangsangan monetari di Eropah, lapor BERNAMA.

Peniaga berkata, dolar AS tidak berubah selepas Gabenor Bank of England menyatakan keraguan mengenai jangkaan mengurangkan kadar faedah dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, ringgit terus untuk mendapatkan sokongan daripada sentimen positif Bajet 2017 dan kestabilan renminbi.

Ringgit juga didagangkan tinggi berbanding mata wang utama lain pada awal dagangan hari ini kecuali yen.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura pada paras 2.9823/9865 daripada 2.9862/9904 semalam, mengukuh berbanding pound kepada 5.0415/0493 daripada 5.0857/0923 dan meningkat berbanding euro kepada 4.5088/5155 daripada 4.5227/5286.

Ringgit rendah sedikit berbanding yen pada paras 3.9777/9837 berbanding 3.9776/9831 semalam.

EZY