Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga rendah 4.1760/1810 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 25 OKT: Ringgit dibuka lebih rendah secara marjinnya berbanding dolar AS pada dagangan awal pagi.

Pada jam 9.22 pagi, unit tempatan disebut 4.1760/1810 berbanding dolar lebih rendah daripada paras tutupnya semalam iaitu 4.1750/1800, lapor BERNAMA.

Pengukuhan Dolar AS memanfaatkan peningkatan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan, kata pengedar.

Katanya, komen terbaharu daripada Fed, sudah banyak memberikan petunjuk untuk menekan permintaan ringgit.

Bagaimanapun, berbanding mata wang lain, ringgit didagangkan lebih tinggi disokong sentimen positif pengumuman Bajet 2017 Jumaat lalu.

Ia berkembang berbanding Dolar Singapura kepada 2.9972/0010 daripada 2.9997/9037 pada Isnin, dan mengukuh berbanding yen pada 3.9996/0052 daripada 4.0167/0227.

Ringgit turut bertambah baik berbanding pound British kepada 5.1039/1104 daripada 5.1106/1184 dan naik berbanding Euro kepada 4.5410/5481 daripada 4.5445/5512.

EZY