Categories
NASIONAL

Ringgit diniaga rendah berbanding dolar AS

SHAH ALAM, 13 OKT: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pada sesi dagangan awal hari ini.

Manakala, dolar meneruskan prestasi menaik yang berlegar kepada hampir paras tujuh bulan tinggi.

Pada jam 9.01 pagi, ringgit disebut 4.1930/1980 berbanding dolar AS daripada 4.1900/2000 pada penutup Rabu.

Kenanga Research menyebut, kedudukan unit tempatan adalah terbalik kepada paras tujuh bulan rendah berbanding dolar AS, diimbangi tekanan daripada kejatuhan harga bon kerajaan.

“Harga bon lemah selepas pelabur asing mengurangkan pegangan mereka seperti yang terdapat dalam data yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia,” katanya.

Ringgit mengukuh berbanding yen kepada 4.0117/0172 daripada 4.0448/0552 pada Rabu dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0250/0291 daripada 3.0318/0395.

Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.6131/6191 daripada 4.6165/6288 dan mengukuh berbanding pound kepada 5.1008/1085 daripada 5.1294/1437.

-AA-