Categories
SELANGOR

RM22 juta bangunkan infrastruktur digital

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 31 OKT: Sejumlah RM22 juta diperuntukkan bagi membangun infrastruktur digital di Selangor, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, RM14 juta disediakan untuk membangunkan Smart Digital Eco-system merangkumi Big Data Command & Control Centre juga Smart Apps Development Platform.

Katanya, baki RM8 juta pula diperuntukkan untuk Internet of Things (IoT) enabler dan pemerkasaan WiFi Smart Selangor yang merupakan komponen penting dalam pembangunan Smart Digital Eco-system.

“Big Data Analytics memainkan peranan kritikal, merangkumi prinsip 3V iaitu ‘high volume’, ‘high velocity’ dan ‘high variety’ yang bernilai tinggi.

“Kita membayangkan Big Data Analytics dapat mempermudah Kerajaan Negeri dan agensi membuat keputusan pantas dan tindakan berkesan seperti ‘Real-time monitoring’,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, Big Data Analytics berkembar dengan Internet of Things (IoT), e-dagang dan penggunaan aplikasi juga penyelesaian pintar di bawah payung konsep jangka panjang Smart State yang bersepadu.

“Kerajaan Negeri akan menerokai bidang kerjasama bersama gergasi teknologi maklumat global menerusi penggunaan teknologi terkini bagi menghasilkan dasar lebih tepat dan berkesan kepada rakyat,” katanya.

-AA-