Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Solat hajat doakan kesihatan ibu Mohamed Azmin

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 17 OKT: Lebih 200 hadirin menyertai majlis doa selamat, solat hajat, khatam Al-Quran dan bacaan Yassin di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar, di sini bagi mendoakan kesejahteraan ibu kepada Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Majlis itu diketuai pendakwah terkenal, Dato’ Ismail Kamus dan disertai pelajar tahfiz juga kenalan rapat Mohamed Azmin.

Hadir sama,  Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Noordin Sulaiman dan Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei.

Majlis bermula pada jam 6 petang itu dimulai dengan upacara khatam Al-Quran dipimpin Pencetus Ummah, Hafiz diikuti solat maghrib dan isyak secara berjemaah juga ceramah dan tazkirah.

Ibu kepada Mohamed Azmin, Che Tom Yahaya sebelum ini menjalani pembedahan akibat pendarahan otak, baru-baru ini.

-AA-