Categories
BERITA UTAMA SELANGOR SUKANKINI

SOPMA XIX: Selangor mara ke separuh akhir bola sepak

OLEH AFIX REDZUAN

KUCHING, 3 OKT: Selangor menempah tiket ke separuh akhir acara bola sepak Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA XIX) selepas menewaskan tuan rumah Sarawak 2-1 ihari ini.

Beraksi dengan penuh tersusun, Selangor di hadapan seawal minit kelima menerusi jaringan Mohamad Firdaus Baharudin.

Beliau memanfaatkan peluang bola yang diperoleh hasil sepakan bebas Mohamad Raffi Ishak sebelum melepaskan rembatan kencang bagi membolehkan Selangor mendahului sehingga tamat babak pertama.

img_20161002_221831_179-1024x663Bersambung babak kedua, kesilapan pemain Sarawak memakan diri apabila tertampan bola ke gawang sendiri yang menyaksikan Selangor selesa mendahului 2-0 selepas 60 minit permainan.

Amirul Irfan melakukan hantaran lambung ke kotak penalti Sarawak, namun tuah menjadi milik Selangor apabila bola itu ditanduk masuk sendiri pertahanan lawan.

Kelekaan benteng pertahanan pada minit ke-89 membolehkan Sarawak merapatkan jurang jaringan kepada 2-1 selepas dianugerahkan sepakan penalti.

Namun, kebangkitan lewat permainan itu tidak mampu menghalang Selangor untuk mengutip mata penuh, sekali gus mengesahkan tempat di separuh akhir.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor menjadi pasukan pertama ke separuh akhir sambil mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan dengan tujuh gol serta dua bolos.

-NFN-