Categories
GLOBAL

Tokyo hadapi gangguan elektrik 350,000 pengguna terjejas

TOKYO 12 OKT: Gangguan bekalan elektrik berlaku di Tokyo dengan 350,000 pengguna terkesan dengan kejadian itu.

Agensi berita Jepun NHK melaporkan berlaku kebakaran di salah satu loji elektrik di bandar Niiza berhampiran Tokyo.

Pihak utiliti, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) menyiasat punca kejadian itu.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Gangguan elektrik itu juga menyebabkan perkhidmatan keretapi tergendala manakala operasi pejabat kerajaan di tengah Tokyo turut terkesan.

cuji65mwcaa8iiu

 

cujq_5pw8ayzs0g

EZY