Categories
SELANGOR

ADN Permatang: Terima Kasih MB dan Kerajaan Negeri

OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 18 NOV: Ahli Dewan Negeri (ADN) Permatang, Dato’ Sulaiman Abdul Razak menzahirkan penghargaan atas usaha Kerajaan Negeri meluluskan rayuan penduduk di kawasannya berhubung isu Lesen Penempatan Sementara (LPS).

Ucapan terima kasih juga khusus ditujukan kepada Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang sentiasa proaktif mencari penyelesaian terbaik untuk rakyat.

“Terima kasih Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri. Ini sememangnya ditunggu rakyat untuk menduduki tanah rizab.

????????????????????????????????????

“Jabatan Pengairan dan Saliran serta Pejabat Daerah dan Tanah juga menjalankan tanggungjawab dengan baik yang akhirnya isu ini dapat diselesaikan,” katanya.

Terdahulu, seramai 33 penduduk Kampung Baru Pasir Penambang menerima Surat Kelulusan LPSĀ daripada Mohamed Azmin, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Sulaiman berharap pemilikan penuh akan dipertimbang Kerajaan Negeri pada masa akan datang.

“Seperti diucapkan Dato’ Menteri Besar sebentar tadi, kita sememangnya menyokong penuh usaha ke arah hak milik kekal itu.

“Terima kasih sekali lagi beri peluang kepada kami terutama penduduk yang tertekan, namun kini gembira dengan apa yang diperoleh hari ini,” katanya.

-nR-