Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

BERSIH 5: Polis mulakan sekatan

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Satu pasukan FRU sekitar 50 anggota diberi taklimat di hadapan pusat membeli-belah Sogo dengan beberapa trak dan kenderaan meriam air diletakkan di luar balai polis daerah Dang Wangi.

Polis mengadakan sekatan jalan raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman di hadapan Sogo untuk menghalang orang ramai yang memakai baju merah atau kuning daripada memasuki jalan itu.

Bagaimanapun, Sogo bukan tempat berkumpul peserta BERSIH ataupun kumpulan baju merah dan setakat ini hanya beberapa orang dengan baju-T kuning BERSIH kelihatan melalui kawasan itu.

Pada masa sama, polis turut menutup jalan masuk ke pusat bandar Kuala Lumpur antaranya PWTC.

Namun, tidak kelihatan orang ramai berkumpul di PWTC yang juga lokasi ibu pejabat Umno.

-AA-