Categories
SELANGOR

Gold Coast Morib destinasi pelancongan terkemuka

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LANGAT, 17 NOV : Fokus pelancongan negeri diperluaskan lagi menerusi kepelbagaian tarikan dan tumpuan di Gold Coast Morib.

Selain keunikan Pantai Morib yang diyakini mampu memberikan ketenangan buat pengunjung, Gold Coast Morib International Resort turut menyediakan kemudahan penginapan terbaik buat pengunjung.

Pengarah Urusannya, Datuk Dr Alex Tan berkata, tumpuannya kini terarah menjadikan Gold Coast Morib sebagai destinasi pelancongan terkemuka yang boleh dilawati di Selangor.

2-3.indd

“Kami menjalinkan kerjasama yang baik bersama Tourism Malaysia dan Tourism Selangor memperkenalkan produk Gold Coast dan Pantai Morib kepada pengunjung di Selangor.

“Untuk tempoh ini sahaja kita menerima pengunjung dan pelancong dari serata negeri termasuklah pelancong dari luar negara seperti China.

“Ini perspektif yang sangat baik kepada industri pelancongan negeri dalam usaha memperkenalkan Morib kepada pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena penganjuran Konsert Kembali Terjalin di Gold Coast Morib, semalam.

Dalam perkembangan tersebut, konsert berkenaan turut menampilkan vokalis kumpulan Slam, Zamani sebagai teraju utama.

15066016_36_zTerdahulu, Gold Coast Morib menawarkan nilai promosi serendah RM50 untuk kadar keseronokan aktiviti percutian maksima di hotel berkenaan.

Promosi tersebut dibuka bagi tawaran penebusan kemudahan untuk tiket taman tema, urutan badan, lawatan muzium, aktiviti sukan lasak dan banyak lagi.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-31981028 atau di www.gcr.com.my/morib.

-nR-