Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Jabat tangan ‘Umno-Komunis’, Putrajaya cakap tidak serupa bikin

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 NOV: Pentadbiran Putrajaya disifatkan mengambil pendirian tidak serupa bikin apabila melemparkan tuduhan kononnya pembangkang khususnya DAP dianggap sebagai parti beridealogi komunis.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, jabat mesra pemimpin Umno-Barisan Nasional bersama pimpinan tertinggi dari China yang sinonim sebagai pentadbiran komunis itu membuktikan sokongan Putrajaya terhadap komuniti tersebut.

“Dulu tuduh pembangkang komunis, sekarang berjabat tangan pulak dengan komunis,” sindirnya ketika berbahas di Dewan Negeri (DNS), di sini, hari ini.

ng-suee-limSuee Lim bagaimanapun tidak menamakan individu yang didakwa kini mempunyai hubungan baik dengan petadbiran komunis itu.

Namun, sebelum ini wujudnya dakwaan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ‘menjual’ Malaysia kepada China susulan ‘hubungan’ baik antara Malaysia dan China.

Bahkan, sebelum ini media turut melaporkan bahawa Najib turut menzahirkan ucapan taniah kepada Presiden China, Xi Jingping kerana dinaikkan kedudukan oleh Parti Komunis China sebagai pemimpin utama negara itu.

Dalam laporan berkenaan turut dipaparkan Perdana Menteri berjabat tangan dengan Xi Jinping, sekali gus mengudang pelbagai persepsi masyarakat umum.

-NFN-