Categories
SELANGOR

MBPJ naib johan hoki TNB-QNET Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 28 NOV : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500 berserta trofi selepas berjaya menduduki tempat kedua dalam kejohanan Liga Hoki TNB-QNET Selangor.

Penganjuran kejohanan bagi sesi Oktober dan November itu turut memberikan khabar gembira buat MBPJ apabila pasukan itu turut menduduki tempat ketiga bagi kategori keseluruhan Piala QNET MBPJ dan meraih wang tunai, RM1,000.

Penganjuran Liga Hoki Selangor TNB-QNET membuka saingan musim lalu melibatkan penyertaan beberapa pasukan PBT, NGO, universiti tempatan dan sekolah-sekolah seluruh Selangor.

mbpj-hoki-1Terbuka kepada beberapa kategori, inisiatif kejohanan tersebut merupakan acara tahunan menggalakkan masyarakat mengamalkan kehidupan positif melalui aktiviti sukan.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri sebelum ini giat menyambut baik usaha memartabatkan sukan hoki di peringkat negeri menerusi bantuan kewangan dan program jangka panjang.

Ini termasuklah perbelanjaan sebanyak RM3.8 juta bagi menaik taraf Stadium Hoki Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan projek naik taraf bernilai RM2.9 juta melibatkan menambah baik kemudahan awam dan keselamatan Stadium Hoki di Petaling Jaya.

Bahkan, hasil peruntukkan tersebut juga membolehkan kerja naik tarat dan penukaran karpet padang berukuran 6.928 meter persegi dari jenis Xtreme Turf NFH13 di stadium berkenaan dibuat.

Antara kerja pembaikan lain adalah sistem pengairan, pendawaian elektrik, mengecat serta menggantikan 706 tempat duduk stadium yang dijalankan sejak 16 Jun lalu.

Selain itu, tambahan bangunan serta pam mekanikal baru yang kesemuanya mengikut piawaian antarabangsa dan dipantau Persatuan Hoki Malaysia serta Majlis Sukan Negara (MSN).

-nR-