Categories
SELANGOR

MBSA rangkul anugerah Community Based Planning 2016

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 28 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berjaya merangkul anugerah ‘Community Based Planning Award’ 2016 pada Anugerah MIP Planning Excellence Award, pada 25 November lalu.

MBSA dalam kenyataaannya di Facebook memaklumkan, pengiktirafan tersebut diberikan menerusi kejayaan penghasilan Projek Shah Alam Mini Zee Bee yang diperkenalkan sejak 2013 lagi.

“Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah berjaya memenangi Anugerah ‘Community Based Planning Award’ 2016 untuk Projek Shah Alam Mini Zee Bee yang dianjurkan oleh Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP),” katanya.
Program Mini ZeeBee diwujudkan sebagai sebagian inisiatif pihak majlis memupuk kesedaran terhadap kebersihan melalui penglibatan komuniti serta mengeratkan lagi perpaduan dan permuafakatan dalam kalangan masyarakat di kawasan pentadbirannya.

Diharap kejayaan tersebut mampu memberi sumbang saran ke arah menjadikan Bandaraya Shah Alam sebagai bandar hijau dan bebas karbon menjelang 2030.image

-nR-