Categories
SELANGOR

MPK menang bergaya futsal Piala Dato OBD

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 7 NOV: Majlis Perbandaran Klang (MPK) muncul juara dalam Kejohanan Futsal Piala Dato Orang Besar Daerah (OBD) Klang 2016 selepas mengalahkan GB FC 3-1, pada perlawanan akhir yang diadakan di Real Arena Teluk Pulai, di sini.

Hasil kemenangan itu, MPK membawa pulang wang tunai RM3000 serta medal dan piala iringan, manakala GB FC pula meraih RM2000 dan medal serta tempat ketiga dimenangi bersama Genco dan Andalas.

Setiausaha MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata, kejohanan itu adalah antara inisiatif MPK dalam membudayakan kehidupan sihat dalam kalangan generasi muda di samping mencungkil bakat baru dalam sukan futsal.

futsal-bd1“Penghargaan buat Yang DiPertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin dan OBD Klang, Datuk Abdul Ghani Pateh Akhir yang sentiasa komited dalam mewujudkan aktiviti kesukanan di daerah ini.

“Kejohanan yang disertai 24 pasukan ternyata menampilkan mutu permainan berkualiti tinggi khususnya pasukan sekitar kawasan ini,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengurus Futsal MPK, Mohd Faizal Sharifuddin berkata, kejayaan pasukannya adalah hasil kerja keras semua pemain dan beliau menetapkan beberapa kejohanan dalam masa terdekat untuk mengekalkan status MPK selaku pasukan futsal terbaik dalam kalangan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kami memiliki pemain berkaliber dan saya yakin pasukan ini mampu pergi jauh hasil sokongan semua pihak,” katanya.

-NFN-