Categories
NASIONAL

Peniaga tak cukup kerusi, meja tampung peserta Bersih 5 sarapan

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Pemilik kedai makan sekitar ibu kota berhadapan situasi kekurangan meja dan kerusi untuk menampung kehadiran peserta Bersih 5 hari ini.

Tinjauan SelangorKini di beberapa restoran, pelanggan terpaksa berdiri sementara menunggu tempat kosong.

44ca11ec-bfa2-4984-bbc2-a564feeb934bAntaranya Restoran Yusuf dan Zakhir yang terletak di Pasar Seni.

Selain itu, penjaja makanan segera seperti sandwich juga tidak melepaskan peluang mencari wang saku tambahan.

Menurut salah peniaga terlibat, beliau terpaksa menambah barangan jualannya ekoran permintaan tinggi.

-nR-