Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor terus perkasa prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 NOV: Pemerkasaan prinsip yang ditetapkan dalam ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah terus dipergiatkan di peringkat pengajaran dan pendidikan seluruh negeri.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Pembangunan Desa, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pemahaman mengenainya dibuat menerusi pengajaran di peringkat sekolah intergrasi milik Kerajaan Negeri oleh warga pendidiknya.

“Sehingga kini Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengadakan program bersama dengan institusi latihan dan pusat kegiatan perguruan.

yunuskhairi-web4“Pada masa sama, kita tidak nafikan guru di sekolah rendah agama dan KAFA ini memerlukan masa yang panjang dengan memberi penekanan utama untuk pemerkasaan asas ini.

“Merekalah yang menjadi sandaran dan keutamaan bagi kita kerana memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu kepada generasi muda,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali di Dewan Negeri (DNS), di sini, hari ini.

Sebelum ini, enakmen atau keputusan berhubung penyebaran fahaman bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah telah ditetapkan di bawah ketetapan JAIS.

Terdahulu, umat Islam dan rakyat Malaysia yang bermastautin di negeri itu digesa supaya mengikuti dan mematuhi prinsip yang ditetapkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

-NFN-