Categories
SELANGOR

WHB anjur Kejohanan Golf Jemputan Raja Muda kali kedua

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 19 NOV: Worldwide Holdings Berhad (WHB) diberi penghargaan oleh Kerajaan Negeri menjadi penaja utama dalam penganjuran Kejohanan Golf Jemputan Raja Muda Worldwide Holdings Selangor 2016 buat kali kedua.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datin Paduka Norazlina Zakaria berkata, RM1 juta berjaya dikumpul daripada 25 penajaan antaranya Worldwide Holdings Berhad, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Menteri Besar Incoporated (MBI) dan Kumpulan Semesta Sdn.Bhd (KSSB).

“Kejohanan ini merupakan kesinambungan bagi Kejohanan Golf Worldwide Holdings Selangor Masters yang lalu.

“Kita ditawarkan menjadi penaja utama dengan kos RM500,000 untuk disumbangkan kepada Tabung Amanah Yayasan Raja Muda Selangor bagi memastikan pelaksanaan aktiviti berbentuk modal insan dapat dilaksanakan,” katanya ketika sidang media hari ini.

img_20161119_151446_128-1DYMM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli hadir menyampaikan hadiah sempena kejohanan Golf Jemputan Raja Muda Worldwide Holdings Selangor 2016 di Glenmarie Golf & Country Club, hari ini.

Baginda diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.

Kejohanan kali ini disertai 144 pemain terdiri daripada pengurusan tertinggi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) badan korporat dan swasta.

Ia bertujuan bagi mendapatkan sumbangan di samping meningkatkan jaringan kerja dengan Kerajaan Negeri.

Penganjuran golf itu menawarkan tiga kategori iaitu Medal A, Medal B dan Medal C.

img_20161119_151553_182Kategori A dijuarai Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mewakili individu, kategori B dimenangi Alihanafi Mohd Yunus, sementara juara bagi kategori C menjadi milik Ami Nordin Ishak daripada Worldwide.

Setiap pemenang menerima RM1,000 bagi tempat pertama, RM800 tempat kedua dan RM600 tempat ketiga.

Manakala juara keseluruhan dimenangai Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal yang membawa wang tunai RM3,000 beserta trofi.

-nR-