Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

24 pesara pentadbiran Kerajaan Negeri dirai

OLEH NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 15 DIS: Seramai 24 pesara pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri bagi 2014 hingga 2016 dirai dalam Anugerah Jasamu Dikenang (AJD), di Holiday Villa Hotel & Suites, di sini.

Penghargaan disampaikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dengan diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.

Antara pesara yang menerima penghargaan ialah mantan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato’ Mohamad Roslan Sakiman.

Selain itu, bekas Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, Dato’ Kamarulzaman Jamil; Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Hashim Osman dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Datin Wan Rabiah Wan Mohd Yusof.

Turut diraikan empat pegawai dan kakitangan yang berkhidmat lebih dari 25 tahun dan 10 pegawai yang bertukar ke kementerian serta agensi pusat lain.

Mohamad Roslan yang bersara, pada September 2015 meluahkan rasa terharu atas penghargaan diberikan.

pmb_6616“Persaraan adalah destinasi yang perlu dihadapi penjawat awam. Ia adalah pengalaman manis untuk dikenang walaupun pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang perkhidmatan,” katanya.

Beliau turut menyarankan penjawat awam yang sudah bersara melakukan bidang perniagaan atau kerja sosial untuk terus menabur bakti pada masyarakat.

Mohamad Roslan berkhidmat bersama kerajaan selama 33 tahun, bermula sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik di Jabatan Perdana Menteri pada 1983.

Beliau juga adalah mantan Datuk Bandar Petaling Jaya selama enam tahun.

-AA-