Categories
SELANGOR

Kes denggi PJ turun 31%

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 5 DIS: Kes Denggi di Petaling Jaya mencatatkan penurunan 31 peratus berbanding pengurangan 14 peratus dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Alam Sekitar MBPJ, Low Ching Keat berkata, pengurangan itu adalah atas usaha selepas MBPJ melaksanakan ‘ Search and Destroy Aedes Ranger (SEDAR)’.

“SEDAR memberi kesan mendalam sejak ia diperkenalkan pada November tahun lepas.

“Program ini adalah hasil kerjasama diantara masyarat dalam membersihkan kawasan berpotensi denggi,” katanya.

Ching Keat berkata, Sebanyak 40 kumpulan ditubuhkan dibawah program SEDAR tersebut.

DENGGI-GRAFIK“Setiap kumpulan akan berkomunikasi melalui saluran WhatsApp bagi memudahkan maklumat disampaikan.

“Seorang pegawai MBPJ ditugaskan sebagai pentadbir setiap saluran untuk menyebarkan maklumat dan kemas kini ahli mengenai kes di kawasan mereka.

“Dengan cara ini masyarakat akan lebih mesra untuk menjalankan pemeriksaan dan menerangkan apa yang sedang berlaku, berbanding dengan sekumpulan kecil pegawai majlis,” katanya.

Low berkata demikian semasa program Sedar di SS9A, yang diberikan di bawah Zon 20 MBPJ di kawasan Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku.

Sebelum ini, 60 sukarelawan terdiri daripada Seri Setia Village Keselamatan, Sekuriti dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK), penduduk dan pekerja asing menjalankan program sedar di SS9A, Petaling Jaya,.

-nR-